Jumaat, November 26, 2010

Sumpahan atau Kebetulan

PERCAYA atau tidak, beberapa filem Hollywood yang dihasilkan turut membawa cerita yang tidak enak didengar di belakang tabir pembikinannya. Ia bukan kisah skandal atau kontroversi, sebaliknya sesuatu yang tidak ingin dialami sesiapa saja.

Mungkin satu kebetulan, namun cerita menyeramkan yang menimpa krew dan pelakon beberapa filem Hollywood yang dikatakan terkena sumpahan agak menarik untuk diikuti. Lebih menarik daripada filem itu sendiri ialah apabila sebahagian krew dan pelakon filem terbabit dilaporkan meninggal dunia selepas dikatakan terkena sumpahan.

Trilogi The Poltergeist antara filem yang dikatakan disumpah kerana empat pelakon filem itu meninggal dunia dalam tempoh enam tahun selepas filem pertama diterbitkan. Kematian turut menimpa pelakon kanak-kanak, Heather O'Rourke yang muncul dalam kesemua tiga filem. Dia meninggal dunia sebelum filem ketiga ditayangkan.

O’Rourke dikatakan menghidap selesema dan dibawa ke hospital tetapi meninggal dunia di atas meja bedah akibat beberapa komplikasi. Tidak lama kemudian, Julian Beck, yang memegang watak lelaki tua menakutkan dalam siri kedua filem berkenaan mati akibat barah.

Begitu juga dengan pelakon Orang Asli, Will Simpson, yang meninggal dunia ketika menjalani pembedahan. Terakhir ialah Dominique Dunne yang dicekik sehingga mati oleh teman lelakinya pada tahun sama filem pertama ditayangkan.

Ketika itulah khabar angin mengenai sumpahan Poltergeist makin rancak. Pengarah filem berkenaan dikatakan menaikkan kemarahan roh kerana menggunakan mayat manusia sebenar dalam filem Poltergeist pertama yang dianggap sebagai satu penghinaan.
Salah seorang pelakon, JoBeth Williams, yang memegang watak Diane Freeling, mendakwa dia kembali ke rumah dari set penggambaran setiap hari dan mendapati gambar di dinding senget. Dia membetulkan keadaan tetapi gambar itu kembali senget keesokan harinya.

Filem Superman juga dikatakan membawa nasib malang kepada mereka yang terbabit dalam francais filem itu selama beberapa dekad - daripada sekadar kerjaya menjunam kepada kematian.

George Reeves yang melakonkan watak Superman dalam siri televisyen Adventures of Superman pada tahun 1950-an ditemui mati dengan kesan peluru di kepala pada tahun 1959.

Pelakon Christopher Reeves bukan sekadar berkongsi nama keluarga yang sama tetapi turut mewarisi nasib malang George. Selepas kejayaan empat filem Superman, dia terjatuh daripada kuda pada 1995 yang menyebabkan dia lumpuh dari pinggang ke bawah. Sementara pelakon Margot Kidder yang memegang watak Lois Lane pula mengalami masalah mental.

Filem bertajuk Atuk yang berkisar mengenai seorang lelaki Eskimo melawat New York dan ia turut dikatakan ‘membunuh’ pelakon John Belushi. Filem berkenaan tidak pernah ditayangkan.

Belushi membaca skripnya dan berminat dengan watak yang ditawarkan ketika mati akibat pengambilan dadah berlebihan pada 1982.

Selepas kematian Belushi, watak utama diberi kepada Sam Kinison. Beberapa masalah melewatkan penggambaran, Kinison meminta beberapa babak dalam filem itu ditulis semula. Beberapa tahun selepas itu, skrip masih terus terkena sumpahan dan Kinison meninggal dunia dalam kemalangan kereta.

Ia kemudian diberikan kepada John Candy pada 1994. Candy menerima tanpa menyedari skrip itu terkena sumpahan dan meninggal dunia akibat serangan jantung. Skrip itu dikatakan ditanam di Hollywood dan semua pelawak tidak berani lagi menerima tawaran membintangi filem itu.

15 Juri Propesional:

::FAIZ FARISH:: berkata...

eh menyeramkan plak....

cemomoi berkata...

bertambah publisiti untuk filem tu

ozzy berkata...

salam...

Jarang ikuti sgt pasal filem luar negara cuma tgk je ceritanya..
kalau kat m'sia biasanya filem seram je yg ada sedikit 'gangguan'tapi x delah sampai meninggal dunia.

░♥si lampu neon♥░ berkata...

WAAA SERAM ;(

redza berkata...

Wallahualam

akuanakpahang (AAP) berkata...

Ini semua kes tak mintak TABIK datuk nenek anank cucu tumpang blajor hehehehe...

Jom Jalan-jalan Ke akuanakpahang "Tak kenal, maka tak cinta."

Hisyam Muhibah berkata...

filem superman tu melawan kuasa ALlah namanya. ALlah sahaja yang maha berkuasa. Tetapi apa yang terjadi pada pelakon2ya itu saya anggap kebetulan saja.

DDrfauziah berkata...

Aslmkm Echam.
:) Banyak lagi bintang2 yg membawa watak dalam filem2 lain pun ditimpa pelbagai musibah & dah ada yg meninggal juga.
Tapi sebab tak ada yg boleh dikaitkan, tak ada la diceritakan. Ataupun, ada cerita lain yg lebih menonjol.
Pendeknya, semua yg berlaku adalah ketentuan Illahi.

zulkbo berkata...

salam..
ermmm...tetiba bulu tengkuk koi
meremang la pula..wallahualam

a kl citizen berkata...

ada jugak citer macam ni ya...

bayu timur berkata...

patutla ayah koi xbagi jd pelakon...ni sbb ea..

Cik SHiNJU berkata...

Pengarah x beradab,ade ke guna mayat betul...x hormat jenazah... :p

Jejaka Desa berkata...

Saje cari pasey la ter....

yastro berkata...

Pehhh...pas tu deme pecaye gok le mende2 cam tu yekkk!!!
Baru tau kisoh nihh...

shameel Iskandar berkata...

agak menyeramkan. Tp sbnrnya ia sekadar kebetulan sahaja. Dan, sdkit sbyk ia menambah publisiti filem tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.