Ahad, Disember 05, 2010

Email untuk Celcom

Talian Broadband kawan masih gila lagi. Jap2 ade line, jap-jap line terjun ke laut. Gampang betul CELCOM ni. Petang tadi hampir 15 minit bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan. Sesekali dengar pegawai khidmat pelanggan tu mcm tgh ngantuk sgt sbb apa yg dia cakap pun kawan tak paham. Bila kawan tinggikan sikit suara ok balik suara dia. Macam biase, bila kol talian khidmat pelanggan anda akan disuruh restart pc, tanggalkan modem, tanggalkan simcard, pasang balik dan kalo ade connection dah dikira ok. Kalo camtu, kawan yang takde sijil dalam perkhidmatan komunikasi ni pun reti. Akibat masih tak ok, maka malam ni kawan telah menghantar satu email ke Celcom careline. Esok kita tengok apa plak dia balas.

Kepada: Celcom Careline

Saya adalah salah seorang pengguna Celcom Broadband pakej RM68 yang bernombor pendaftaran talian 019-2156394. Untuk pengetahuan pihak Celcom saya sekarang berada di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Saya mula menggunakan perkhidmatan Celcom Broadband ini pada bulan Sept 2010 yang mana pada ketika itu saya beranggapan Celcom adalah yang terbaik diantara semua pembekal perkhidmatan jalur lebar di Malaysia. Malangnya selepas 3 bulan anggapan saya kepada perkhidmatan Celcom mula merosot. Perkhidmatan terbaik Celcom bagi saya kini tak lebih hanya khabar angin semata-mata.

Setiap hari saya melayari internet menggunakan Celcom Broadband sepenuhnya. Baik dirumah atau diluar dari rumah. Masalah sehingga hari ini ialah Broadband yang saya gunakan ini amatlah perlahan sehingga pada tahap kritikal yang mana saya langsung tidak boleh melayari Internet walaupun pada ketika itu saya berada dalam Wilayah Celcom. Setelah saya amati saya dapati ini disebabkan oleh ketiadaan dan ketidaktetapan signal semasa saya melayari internet. Sila rujuk kepada gambar yang dilampirkan.

Bagi pengetahuan pihak Celcom, saya beberapa kali pernah menelefon Talian Khidmat Pelanggan tapi malangnya masalah saya tetap berlanjutan. Setiap kali saya menelefon ke talian khidmat pelanggan tiada lain yang diminta oleh pegawai tersebut. 'Restart' komputer, tanggalkan modem dari komputer, tanggalkan simcard dan pasangkan balik. Apakah ini cara Celcom membantu dalam menyelesaikan masalah saya. Setiap bulan saya tak pernah terlupa atau terlepas pandang untuk membayar bil Celcom kerana saya tahu jika sehari saya lewat maka setiap harilah juga pihak Celcom memburu saya dengan menghantar pesanan melalui 'inbox' broadband dengan peringatan supaya membuat pembayaran dan jikalau tidak talian saya akan disekat. Harapan saya semoga pihak Celcom juga tidak terlepas pandang atau terlupa pandang dengan masalah saya ini.

Jangan sampai satu ketika nanti setiap pelanggan akan beranggapan Celcom hanya mengejar keuntungan semata-mata tapi jika dibandingkan dengan perkhidmatan ianya ibarat sampah.

Sekian

Hanisham Ab Halim
Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Tel: 013-3563047
Email: hanisham79@gmail.com

6 Juri Propesional:

LinRosLy berkata...

Salam...Kak Lin Guna Celcom Broadband Pun Slow Sangat....Rasa Mcm Nak Potong Jer....

relevan berkata...

Guna seterimix..

LKTP1436 berkata...

Sdr ECHAM.COM

Terima Kasih krn memberi info tntg kebobrokan prkhdmtn Brdbn Celcom.
Saya mmg bercdg mahu guna Brdbn celcom utk di gunakan ketika OST, ttp oleh krn dpt tahu dari pnglaman sdr, baik tk pyh guna.
Di sini yg salah ialah menteri yg berkaitan komunikasi krn terlalu berlembut dng haramjadah ni,
Satu cara mengatasinya ialah dng membuka lesen kpd syrkt komunikasi luar bagi menyaingi Celcom dan Maxis ni....biar mereka bersaing sikit...baru mereka tahu.

Cik SHiNJU berkata...

Emel Terbaik 2010..
Patut masukkan testimonial koi skali..hikhik :P

Ilham Fannur-S.B Print berkata...

memang hampeh....lagi2 biler signal dier tukar kaler hijau, aku pon rase macam nak tukar jadi incredible hulk...

yastro berkata...

Hmmm...Celcom ni mmg x amik berat masaalah pengguna. Kat jalan kebun pun jenuh koi mencari line...macam hampehhh...





p/s: Terima kasih krn sudi berjumpe ngan koi ptg tadi...ade mase leh nyembang lebih lame...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.