Isnin, Oktober 08, 2012

Rawatan STENT

Kuala Lumpur: Selaras usaha mengubati kardiovaskular yang menjadi antara penyumbang utama kematian di negara ini, Institut Jantung Negara (IJN) tampil dengan kaedah terbaru rawatan jantung koronari menerusi pengenalan stent terkini keluaran Axxess.
Stent terbabit sebelum ini sudah digunakan secara meluas untuk merawat salur pembuluh darah lurus yang tersumbat, namun kini diperkenalkan khusus bagi rawatan salur bercabang.
Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Tan Sri Dr Robaayah Zambahari berkata, beliau yakin kaedah itu selamat berdasarkan kejayaan terdahulu ke atas 557 pesakit yang terbukti mempamerkan perkembangan positif hasil implan dilakukan.
Menurut beliau, rawatan stent itu juga sudah mendapat pengiktirafan antarabangsa pada April lalu menerusi CE mark dan Malaysia menjadi negara pertama di rantau Asia menggunakan kaedah itu.
“Kita mengesyorkan pesakit menggunakan kaedah itu berbanding surgeri kerana ia lebih mudah, selain memberi hasil lebih baik namun bergantung kepada pesakit untuk membuat pilihan. Kos bagi implan antara RM18,000 hingga RM27,000 bergantung kepada bilangan stent diperlukan pesakit,” katanya pada sidang media semalam.
Hadir sama Ketua Jabatan Kardiologi IJN, Datuk Dr Rosli Mohd Ali dan Pengurus Jabatan Radiologi, Abdul Latif Mohamed.
Bagaimanapun, Dr Rosli berkata, stent terbaru berbentuk tiub itu perlu digunakan bersama stent lama yang lebih keras (kerangka besi) kerana ia berfungsi membantu stent sedia ada melancarkan perjalanan darah, bukan menggantikannya.
- Harian Metro, 9 Disember 2011

Isnin, September 10, 2012

Isnin yang penuh senyuman

Hari Isnin ni selalu dikaitkan dengan hari yang tidak menjadi. Pada hari Isnin jugalah hari paling liat untuk bangun pergi kerja. Isnin jugalah hari yang paling 'busy' tak ingat bila masuk kerja. 'Meeting' lah, mesin problemlah, downtimelah dan macam-macam lagi yang menyesakkan kepala.

So apa tindakan kita? Jangan lupa senyum dan teruskan kerja.

Isnin, Ogos 27, 2012

Apa Ada di AIA AFG Takaful

Salam kepada semua.

AIA AFG Takaful menawarkan 5 produk lengkap untuk anda, pasangan dan ahli keluarga anda.

  1. A-Medik (Medikal Kad)
  2. A-Prima (Takaful Hayat)
  3. A-Excel (Simpanan, Perlindungan dan Pendapatan Pasif)
  4. A-Mas (Simpanan, Perlindungan & Pelaburan)
  5. A-Edusmart (Simpanan Pendidikan)

A-Medik ialah satu plan perubatan yang mana pencarum dilindungi dengan nilai perlindungan yang tertentu dan mengikut pakej yang tertentu bagi setiap tahun sijil seandainya mendapatkan rawatan perubatan di hospital swasta. Dengan pakej yang menarik, murah, had tahunan yang tinggi, tiada had seumur hidup dan merupakan satu produk 'TRENDSETTER' iaitu 1 kad untuk 1 keluarga. Hanya serendah RM8 sehari anda mampu menyediakan satu perlindungan perubatan lengkap untuk diri anda, pasangan dan anak-anak anda. Bagi mendapatkan khidmat nasihat dan penerangan secara terperinci sila hubungi 013-3563047 untuk temujanji atau email kepada hanisham@imtiyazconsultancy.com

Isnin, Mei 21, 2012

Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Satu pepatah melambangkan kebijaksanaan masyarakat dahulu kala dalam membayangkan tentang kesusahan orang lain. Kita yang melihat sudah merasai betapa peritnya kesusahan tersebut bagaimanalah pula dengan yang memikul masalah tersebut. Pada hari ini ianya cukup relevan dengan kegunaan semasa. Hampir setiap hari kita melihat kesengsaraan orang lain baik secara langsung atau tidak langsung.

Mungkin hari ini kita mencebik bila melihat seorang pakcik tua menggeledah tong sampah mencari tin-tin aluminium untuk dijual bagi membeli sebungkus nasi. Mungkin hari ini kita menutup hidung bila duduk bersebelahan dengan seorang aci tua ketika dia datang meminta RM1 dikedai makan ketika kita sedang berselera melantak ayam goreng, mungkin hari ini kita menukar ke stesen TV yang lain ketika siaran Bersamamu sedang keudara, TAPI pastikah kita yang suatu ketika nanti kita akan jadi penyelongkar tong sampah bagi mencari tin aluminium, isteri kita dicebik ketika meinta RM1 dikedai makan dan siaran bersamamu takkan ade siapa lagi menonton yang mana ketika itu kita sedang merintih mengenai nasib anak-anak kita yang sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan jantung atau sedang menunggu tabung ehsan mencukupi jumlah tertentu.

Suatu ketika dulu saya pernah merasai perjalanan ujian tersebut di mana anak saya telah disahkan menghidap sakit jantung berlubang. Masa tu hanya Allah yang tahu betapa beratnya bahu memikul segala ujian tersebut. Anak saya telah dirujuk ke IJN. Sebut IJN, faham-fahamlah dengan kos rawatan dia. Pada masa tu semua kene guna duit sendiri. Nak gunakan GL belum boleh lagi masa tu. Alhamdulillah kebetulan masa tu adalah duit sikit yang boleh bayar kos dia di IJN. Dia telah dibawa ke IJN sebanyak 3x. Selama 3x tu memang saya akui saya jumpa ramai orang yang bernasib lagi parah dari saya. Ada yang bayi seusia 2 bulan kene buat pembedahan jantung dengan kos RM70,000. Saya pernah bertanya dengan wife saya, jika anak kitalah kene camtu mane kita nak cari duit?? Takde jawapan yang keluar dari mulut wife saya. Apa yang saya lalui itu cukup menginsafkan. Semoga anak-anak saya, kawan-kawan dan keseluruhan pembaca yang membaca blog saya ini terlepas dari dugaan yang sebegitu rupa.

Kita tak pernah menjangka tentang setiap ujian yang Allah nak bagi pada kita. Kita selalu menjangkakan semuanya indah dalam hidup kita. Dalam meniti serta menghayati keindahan itu kita terlupa untuk membuat sedikit persediaan untuk diri kita, isteri dan anak-anak kita yang merupakan harta paling berharga yang kita ada hari ini dan selamanya. Kenapalah kita terlalu leka dengan nikmat keindahan yang akan lenyap selama-lamnya bila sesuatu musibah datang menjengah. Sejauh mana persediaan kita dalam menghadapi musibah andai jika suatu pagi ketika kita sedang bersarapan kita rebah akibat serangan jantung. Adakah cukup duit simpanan kita bagi menghadapi kos pembedahan jantung sebanyak RM70,000? Adakah masih ada tanah dua tiga relung yang akan kita gadai bila berhadapan dengan bil RM70,000? Jika jawapan anda TIADA untuk 2 soalan diatas, maka sudah sampai masanya anda sediakan satu persediaan untuk diri anda, isteri dan anak-anak anda. Jadikan hari ini hari yang terbaik untuk isteri dan anak-anak anda kerana anda perlu bimbang seandainya esok adalah hari terakhir anda.

Khamis, Mei 10, 2012

Nilai Sebuah Kejujuran

Assalammualaikum w.b.t

Dalam bekerja seharian sebagai seorang perunding Takaful. ramai yang selalu cakap tentang kejujuran bila pegng duit orang. Perunding Takaful ni sebagai pemegang amanah orang. Memang betul. Kadang-kadang ditangan kita ada banyak duit. Kalaulah takde kejujuran maka gelaplah masa depan duit tersebut.

Dua hari lepas saya bersembang dengan jiran saya. Dia baru tahu yang saya sekarang bekerja sebagai Perunding Takaful dengan Syarikat AIA AFG Takaful. Dalam bersembang tu dia banyak nasihatkan saya tentang nilai sebuah kejujuran. Menceritakan kembali bagaiman dia ditipu oleh Agen dari sebuah syarikat yang memang sangat gah. Ceritanya begini, pada tahun 2008 beliau telah mengambil polisi dari syarikat berkenaan. 2 tahun yang pertama ok tapi selepas itu bermulalah berlaku ketidakjujuran dalam pengendalian duit beliau oleh agen yang dilantik oleh syarikat tersebut. Dalam 4 tahun beliau tidak pernah gagal dalam membuat pembayaran tahunan dan tibalah pada suatu hari, beliau telah dihubungi oleh syarikat berkenaan mengatakan yang beliau sudah 2 tahun tidak membuat pembayaran. Setelah diperiksa dengan teliti maka terbukalah segala yang tersembunyi. Agen tersebut telah menggunakan duit beliau untuk tujuan lain.

Berdasarkan cerita benar diatas disini ingin saya mengingatkan diri saya dan kawan-kawan sekelian supaya sentiasa jujur dan telus dalam setiap pekerjaan kita. Jangan kerana mengejar kes atau komisen kita gadaikan nilai sebuah kejujuran. Mungkin hari ini kita terlepas tapi esok-esok pasti terkantoi. Kepada pencarum-pencarum dalam Takaful, sentiasa berhati-hati dengan setiap pembayaran anda. Kalau boleh pastikan anda mendapat salinan resit pembayaran dalam masa 48 jam selepas anda membuat bayaran kepada agen. Sekian dulu untuk kali ini....

Jumaat, April 13, 2012

Saya Tidak Sayang Pada Anak-Anak dan Isteri Saya.

Salam kepada tuan-tuan dan puan-puan. Penyakit jantung merupakan pembunuh no 1 di Malaysia masa kini. Apa persiapan kita dalam menghadapi penyakit ini seandainya kita bakal menjadi salah seorang mangsanya. Adakah duit simpanan kita telah mencecah RM100,000 bagi membiayai kos rawatan yang sekitar RM70,000. Seandainya kita bijak, kita tidak akan menggunakan duit simpanan kita sendiri untuk membiayai kos rawatan penyakit yang kita hadapi.

Mungkin ada diantara kita yang bercakap 'Aku dah simpan RM200 sebulan'.... Persoalan. Selama manakah kita perlu simpan untuk dapatkan RM100,000 dengan simpanan RM200 sebulan. Jawapannya ialah 41 tahun. Seandainya umur mula menyimpan pada usia 20 tahun maka nak cukupkan RM100,000 ialah pada usia 41 tahun. Lama tak?

Hari ini saya telah menerima satu kes yang telah ditolak kelulusannya oleh pihak AIA Takaful. Ini kerana pemohon telah mengidap Diabetes. Saya dah cuba buat yang terbaik seandainya anda memohon tapi bukan kuasa saya untuk menentukan anda layak memperolehi Medikal Kad seandainya anda telah mula dihinggapi penyakit kritikal. Waktu anda sihat ialah waktu terbaik untuk anda memohon dan mendapatkan Medikal Kad. Mungkin sekarang anda sihat, tapi esok lusa adakah anda pasti sejauh mana kesihatan anda disebalik anda kurang bersenam, tidak mengamalkan diet yang seimbang dan kurang melakukan aktiviti fizikal. Adakah anda pasti esok pagi anda mampu bangun tidur dengan tersenyum? Segalanya belum pasti kan.

Sebagai persiapan untuk hari esok dan hari-hari mendatang, cubalah anda fikirkan sejenak. Seandainya anda penghisap rokok tegar. Sebulan anda mampu mengenepikan bajet untuk rokok RM350 tetapi dengan bermula serendah RM51.08 sebulan anda gagal serta berfikiran negatif untuk membelanjakan hanya 14.59% daripada bajet rokok anda bagi tujuan pembiayaan perubatan untuk anda dan seluruh keluarga anda. Apakah anda sayang anak-anak serta isteri anda? Tepuk dada tanyalah iman. Bukan bapa anda ada jawapan, bukan ibu anda punya jawapan, bukan isteri anda menagih jawapan, bukan anak anda ada jawapan tetapi diri anda sendiri yang berhak untuk katakan YA kepada Medikal Kad...........

Selasa, April 10, 2012

Andaiku Salah Sila Betulkan

Semalam saya ada menulis tentang tahukah anda iaitu berkenaan sejauh mana kita mengetahui secara terperinci setiap polisi insuran yang kita miliki. Saya ada postkan link artikel tersebut dibeberapa group didalam FB. Bila saya postkan disatu page, ada seorang ahli dalam group tersebut telah sertakan link untuk gambar kat bawah ni.

Saya masih tertanya-tanya apakah motif beliau berbuat demikian. Adakah ingin menyampaikan bahawa kerja saya ini haram? Saya takde idea memikirkan apa yang beliau cuba sampaikan.

Sebelum saya menceburkan diri dalam perniagaan Takaful ini saya telah pun bertanya kepada beberapa orang alim ulama tentang apa yang akan saya lakukan. Jawapan mereka mudah. Kalau Takaful buatlah tapi kalau konvesional tolonglah elakkan. Setelah mentelaah dalam beberapa ketika tentang hukum hakam ini, tertarik untuk saya kongsikan pendapat dari tulisan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman (Zaharuddin.net). Tulisan beliau seperti dibawah.

Komisyen Ejen Insuran, Takaful & Saham Amanah

Soalan

Tolong uzar jelaskan. Jangan sampai ramai agen Islam termakan duit riba atau sebagainya. Tolong buat kajian terperinci tentang komisen yang agen dapat. Ramai agen yang rasa selesa dengan apa yang mereka dapat, komisen tetapi hukumnya di sisi Allah tanggung jawab uzar juga.

-SOALAN MELALUI RUANGAN KOMENTAR-

Jawapan

Pertamanya, saya telah jelaskan hukum bekerja untuk promosi benda haram atau membantu secara direct akan apa jua yang haram adalah haram, saya telah di pelbagai tempat di web saya. Maka, jika orang tidak membaca apa yang telah ditulis, ia diluar kuasa dan bukan lagi termasuk di bawah tanggungjawab saya.

Secara ringkasnya seperti berikut:

a) Hukum komisyen yang diperolehi oleh ejen insuran konvensional adalah HARAM. Demikian menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa dan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan insuran konvensional. Justeru, setiap individu yang menjadi ejen adalah dikira mempromosi benda haram dan mengambil upah atas kerja tidak halal tersebut.

Amat malang juga, apabila saya dapati terdapat sebahagian ejen-ejen Takaful yang meletakkan DUIT sebagai satu-satunya matlamat dan target mereka, menyebabkan dalam masa yang masa mereka SUDI DAN SANGGUP menjadi ejen kepada insuran riba konvensional.

Mereka ini tidak lain, boleh dianggap bermain-main dengan hukum sehingga boleh memberikan pilihan kepada pelanggan sama ada ingin yang halal atau yang haram. Bolehkah diberi pilihan sedemikian?

Allah swt menyebut :-

وَلاَ تَلْبِسُواْ الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُواْ الْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Ertinya : Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui. ( Al-Baqarah : 42)


Adapun, komisyen bagi ejen-ejen Takaful dan Unit Trust bagi apa yang mereka usahakan sendiri, adalah HALAL.

Namun, bagi ejensi Manager yang memperolehi komsiyen bertingkat atau overriding commission, pandangan saya setakat ini masih sama dengan apa yang saya tuliskan dalam artikel MLM. Iaitu TIDAK DIBENARKAN kecuali apa yang anda usahakan sendiri sahaja. Hasil yang diperolehi secara automatik dari kerja orang bawahan anda tanpa sebarang usaha yang langung direct dari anda, ia adalah TIDAK DIBENARKAN dan jatuh dalam kategori Syubhat. Apapun, saya pulangkan tanggungjawab fatwa komsiyen ini kepada Majlis Shariah Saham Amanah Islam dan Takaful masing-masing untuk membincangkan dengan teliti. Wallahu'alam.

Bagi sesiapa yang kurang jelas maksud overriding commission ia adalah :

    • In traditional sales environments, an override is a commission paid to managers on sales made by their subordinates, usually calculated as a percentage of the gross sales commissions earned by the salesperson.
    • Similarly, in multi-level marketing, agents receive a commission on sales made by their downline (recruited agents).

b) Hukum komisyen bagi ejen-ejen saham amanah unit trust yang berunsur riba, haram dan tidak diluluskan oleh Majlis Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, adalah HARAM secara sepakat ulama.

Komisyen ejen unit trust YANG DILULUS MAJLIS SHARIAH pula adalah halal namun tetakluk pula kepada apa yang dijualnya sendiri sahaja. Ia sama seperti isu ejen Takaful di atas. Wallahu'alam.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

6 Sept 2008

5 Ramadhan 1429 H

Isnin, April 09, 2012

Tahukah Anda!!

Jika anda mempunyai Insuran Takaful, sejauh manakah anda mengetahui tentang keseluruhan Polisi Insuran anda. Adakah menyeluruh yang bila ditanyer berapa 'Sum Covered' anda bleh jawab, bila ditanya tentang berapa claim anda jika ditimpa 'Critical Illness (CI) anda boleh jawab, jika ditanya berapakah jumlah perlindungan jika ditimpa kemalangan anda dengan selamba boleh jawab.Mengikut pemerhatian saya sebagai seorang Perancang Kewangan Takaful, hampir keseluruhan client yang saya jumpa tidak mengetahui apa yang terkandung dalam polisi mereka.

Kes 1
Pernah sekali saya berjumpa dengan seorang client saya yang telah mempunyai polisi dengan sebuah syarikat pengendali Takaful yang sudah lama bertapak di Malaysia. Saya bertanya dengan client saya tentang polisi beliau. Soalan pertama saya ialah, berapa 'Sum Covered' beliau. Katanya hampir RM300,000. Setelah dibuka polisi beliau maka yang kelihatan hanyalah RM30,0000. Dia terkedu tapi masih ingin meneruskan dengan syarikat berkenaan kerana sayangkan duit yang telah bertahun-tahun disimpan. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya saya telah jalankan tanggungjawab saya dalam membantu beliau mengetahui secara terperinci apa yang terkandung didalam polisi beliau.

Kes 2
Saya pernah bertemu dengan seorang teman lama. Masa berjumpa itu dia bagitau awal-awal tidak berminat untuk mendengar tentang apa yang ingin saya kongsikan dengan beliau tentang Takaful. Beliau seorang yang sangat negatif tentang insuran. Alasan beliau ialah, dia telah pun mencarum didalam Insuran sebuah Bank Terkemuka di Malaysia. Caruman bulanan RM50 dengan Coverage RM200,000. Terpegun saya mendengar dengan bayaran serendah RM50 sebulan boleh dapat 'coverage' yang sebegitu tinggi. Ok, alhamdulillah sbb dalam penuh negatif beliau masih ada Insuran. Hampir 1/2 jam berbual bukan berkenaan insuran, saya terdetik hati untuk bertanya tentang polisi insuran beliau. Jelas terpancar dimuka beliau perasaan keliru dengan soalan saya. Maka, terbongkarlah yang beliau mengambil insuran tapi tiada polisi. Seperti kata Wan Kamarudin Wan Ibrahim dalam Edisi Siasat, APA KEJADAHNYA. Ambik insuran takde polisi. Tapi disebabkan beliau sangat negatif, saya hanya mampu berdoa semoga disuatu hari nanti beliau akan kembali positif dengan Insuran. Bukan kerana sbb agen hensem atau cun tapi kerana kepentingan isteri dan anak-anak beliau.

Alhamdulillah, sejak menceburi bidang ini saya makin bersemangat untuk teruskan ini sebagai kerjaya saya. Saban hari hidup penuh ketenangan kerana boleh membantu masyarakat terutamanya yang Beragama Islam dan Berbangsa Melayu dalam mengetengahkan kesedaran tentang kepentingan Perlindungan Takaful dalam kehidupan seharian. Kepada semua pembaca yang telah mempunyai Polisi Insuran dari mana-mana syarikat pengendali sekalipun, jika anda tidak faham tentang polisi yang ada ditangan anda, anda boleh berjumpa dan hubungi saya dan kawan-kawan saya ditalian 013-3563047 (Echam), 016-2253691 (Mohd Nazli), 013-6636703 (Mior) dan 019-3372779 (Abdul Rashid) pada bila-bila masa bagi mendapatkan khidmat nasihat dan penerangan berkenaan polisi anda secara percuma dan tidak akan dikenakan apa-apa bayaran. Sekian. Wassalam.

Ahad, April 08, 2012

MTA Member

Salam.

Qualified for the Malaysian Takaful Association (MTA) Member. For me, I'm still waiting my certificate and card member. Congratulation to Mr Mohd Nazli Sidik, Mr Mior Izwanudin Azhari, Mr Abd Rashid Hashim and Mr Raja Marzuki Raja Mohamad.

Mr Mohd Nazli

Mr Mior Izwanudin

Mr Abdul Rashid Hashim

Mr Raja Marzuki

Selasa, Mac 27, 2012

Dari Tangga kepada Eskalator

Dalam mendaki tangga-tangga kejayaan ianya tak semudah yang disangka. Saban hari akan berhadapan dengan bermacam pancaroba dan dugaan yang datang bertalu-talu. Ketiadaan modal untuk bergerak, stress dengan pelbagai masalah hutang piutang, tekanan dari kekusutan fikiran dalam memikirkan segala macam perbelanjaan harian dan segala macam benda lagi yang sarat bersarang dalam kotak pemikiran.

Jikalaulah setiap kejayaan itu mampu dikecapi dengan hanya sekelip mata dan bagai membeli ayam di pasar KKB kan bagus. Tapi jika semudah itu, adakah ianya layak untuk digelar kejayaan? Kesukaran yang aku rasa pada hari ini mungkin hanya 0.01 peratus dari apa yang para milionaire pernah lalui. Semakin besar dugaan seseorang, maka makin besarlah nilai sesuatu kejayaan itu.

Bos aku pernah berkata, kita sering menafikan peluang yang datang tanpa kita sedari. Bertitik tolak dari kata-kata tersebut, aku gagahkan jugak saki baki tenaga, wang ringgit untuk aku gapai apa yang sedang bersinar dihadapan sana. Kesakitan dalam menempuh laluan berliku dan penuh duri ini amat perit sekali untuk ditempuh tapi itulah dia sifir suatu kejayaan. Aku taknak kerana aku penat, kerana aku takde duit, kerana aku gagal sblm ni, kerana aku hanya gunakan motosikal, kerana aku bukan anak orang kaya, kerana aku tak hebat, kerana aku malas, aku gagal dalam mendapatkan eskalator yang sedang bergerak tanpa henti kat depan aku.... Peaceeee to SUCCESS!!!!!!

Imtiyaz Consultancy Award Nite (Dis - Feb)

Salam,

Malam semalam telah berlangsung 'Imtiyaz Consultancy Award Nite' sempena meraikan agen-agen yang telah menjadi juara dengan production masing-masing selama 3 bulan bermula Dis 2011 sehingga Feb 2012. Kompeni bagi award, agensi bagi award, hadiah dapat dan income pun lebat... so apa lagi, kepada yang masih tercari-cari apa bisnes yang tak guna modal tapi untung hebat, come to see me.. Kita wat appoinment dan aku akan cerita apa yang kami semua buat dan dapat. Pada hari ini kita betul-betul PERLUKAN duit bukan sekadar MAHUKAN duit.........


Bacaan doa oleh Ketua Panel Syariah Imtiyaz. Ustaz Abdul Rashid

Ketua Panel Syariah pun dapat Award

UM Abg Bob. Yang hensem dan berdedikasi (dia yang cakap, aku tulis je)

Yang ni Leader aku. Mior @ Yop. Tengok hah, dia takde rambut pun boleh buat. Korang yang penuh rambut ni ape cite. Takkan nak tgk saje. Tiba-tiba aku rase panas.....

CEO Imtiyaz, En Wan Zaini sedang membakar semangat. Kalau dia boleh kenapa kita tidak??

Nama dia ni Shamsul @ Acoi. Top agen untuk bulan Januari 2012.

Nama dia Mahmood Mohsen @ Mohseen. Top Agen untuk Bulan Februari 2012.

Meraikan sambutan hari lahir agen-agen dan UM yang lahir pada Bulan Jan, Feb dan March.

Kenapa dia kene camni??? Haaaa... Kat atas sebelah kiri ada no tepon aku. Kene wat appoinment dulu baru boleh cite. Sangat menarik...

Udah gaya Zombi Kampung Pisang!!!!

Ok, takmau cite banyak. Gambar dah tengokkan. Macam-macam award dapat. Yang penting income kene lebat. Kami dalam pencarian agen-agen diseluruh pelusuk Tanah Melayu. Kepada yang berminat sila hubungi talian-talian yang tertera diatas tu. INGAT!!!! Kalo Zombi Kampung Pisang pun boleh jadi agen, kenapa tidak ANDA!!!!...

Selasa, Februari 28, 2012

Kenapa pentingnya medical card

1. Jika saya masuk hospital, mampukah saya membayar bil hospital. Saya mungkin dapat mengelak hutang kereta,rumah, kredit kad, etc..tetapi jika doktor memerlukan duit untuk rawatan, saya tiada pilihan, saya perlu menyediakannya serta merta.

2. Jika saya masih bekerja, syarikat akan membayar kos perubatan saya. Bayangkan jika saya dah pencen selepas umur 55 tahun. Bermula umur 56 tahunlah saya akan sakit dan syarikat tidak lagi akan membayar kos perubatan saya. Jika saya tunggu sehingga umur 56 tahun baru saya nak memilikinya, saya bernasib baik jika saya masih sihat. Itupun, saya perlu membayar premium yang sangat tinggi.

3. Saya tidak tahu bila saya akan sakit dan semua orang tidak mahu sakit. Tetapi, kenapa ramai orang di hospital? Mereka datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan saya munkin salah seorang daripadanya suatu hari nanti.

Bagi mendapatkan keterangan lanjut berkenaan Medikal Kad AIA AFG Takaful anda boleh hubungi saya.

Hanisham Ab Halim : 012-2472467 / 013-3563047

Hanya 1 KAD diperlukan untuk perlindungan 1 KELUARGA

Dah ade Medikal Kad???


Ramai hutang kad kredit, bank untuk jelas kos perubatan swasta tinggi

KUALA LUMPUR: Penggunaan kad kredit atau pinjaman bank untuk membayar kos perubatan yang tinggi di hospital swasta kini menjadi punca utama kegagalan

Mengikut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) penggunaan kad kredit tidak terkawal kini bukan lagi menjadi faktor utama bagi masalah kegagalan pembayaran balik pinjaman.

Sebaliknya, badan yang menguruskan RM4.8 bilion hutang tidak berbayar (NPL) membabitkan 50,361 individu itu mendapati pembiayaan kos rawatan dan perubatan yang tinggi ketika ini mendorong individu untuk berhutang sehingga di luar kemampuan.

Ketua Eksekutifnya, Mohamed Akwal Sultan, berkata kebanyakan individu yang dirujuk kepada Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK menjelaskan, mereka lebih cenderung mendapatkan perkhidmatan rawatan dan perubatan yang dikatakan lebih baik di hospital swasta berbanding di hospital kerajaan walaupun ia membabitkan kos besar.

“Setakat Oktober lalu, 26 peratus kegagalan pembayaran balik pinjaman langsung bank atau kad kredit yang dirujuk kepada AKPK adalah perbelanjaan perubatan tinggi disebabkan kos sara hidup semakin meningkat.

“Penggunaan kad kredit tidak terkawal tidak lagi menjadi faktor utama kegagalan seperti pada dua atau tiga tahun lalu,” katanya kepada Berita Harian.
Beliau berkata, selain kos perubatan tinggi, punca lain yang dirujuk kepada agensi itu ialah kelemahan pengurusan kewangan (25 peratus), kegagalan perniagaan (13 peratus), kehilangan pekerjaan (12 peratus), manakala dua peratus akibat kegagalan pelaburan.

Penggunaan kad kredit tidak terkawal pula, katanya, hanya mewakili 15 peratus.
Katanya, hampir 70 peratus kes gagal membayar balik pinjaman itu adalah membabitkan penggunaan kad kredit, manakala 30 peratus lagi pinjaman peribadi serta sewa beli.

Daripada RM4.8 bilion NPL yang diuruskan AKPK ketika ini, Mohamed Akwal berkata, RM2 bilion membabitkan pinjaman perumahan diikuti kad kredit (RM1.1 bilion) serta sewa beli sebanyak RM713 juta.

Katanya, jumlah itu membabitkan kira-kira 40 peratus daripada keseluruhan 135,805 individu yang datang ke AKPK untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling serta khidmat nasihat berhubung pengurusan kredit.

Beliau berkata, tahun ini saja 25,353 individu memohon khidmat nasihat serta bantuan AKPK dan hanya 13,017 dirujuk kepada program PPK, antaranya bagi penstrukturan semula pinjaman.

Bagaimanapun tahun lalu, katanya, 36,848 individu tampil dan 16,184 daripadanya mengikuti program berkenaan.

“Tahun lalu, lebih ramai mendapatkan bantuan daripada AKPK kerana krisis ekonomi yang melanda. Namun, mulai Oktober tahun lalu, keadaan ekonomi mula pulih. Pengurangan individu ini menunjukkan keadaan ekonomi kita semakin baik dan mereka juga ke arah pengurusan kewangan yang baik,” katanya.

Setakat Oktober lalu, sebanyak 423 kes membabitkan pinjaman berjumlah kira-kira RM12 juta berjaya diselesaikan AKPK, berbanding 143 kes dengan jumlah pinjaman RM3.7 juta pada tempoh sama tahun lalu.

“Kami menyelesaikan kira-kira 40 kes sebulan bayaran balik pinjaman kepada bank kerana kebanyakan yang mengikuti PPK sudah mampu menyelesaikan pinjaman lebih awal daripada tempoh maksimum 10 tahun yang diberikan,” katanya.

Beliau berkata, mereka yang berpendapatan kurang RM2,000 sebulan adalah kumpulan paling teruk terjejas dengan masalah kewangan, mewakili kira-kira 40 peratus daripada 50,361 individu yang menyertai PPK.

Katanya, AKPK yang ditubuhkan sejak April 2006 setakat ini menganjurkan lebih 520 taklimat berhubung pengurusan kredit di seluruh negara.

Isnin, Februari 13, 2012

Kisah Itik dan Kura-Kura

Terdapat dua ekor itik dan seekor kura-kura yang bersahabat baik tinggal di suatu kawasan yang semakin kering dek kemarau panjang. Binatang-binatang yang bermastautin di situ telah lama meninggalkan tempat tersebut memandangkan semakin hari semakin sukar untuk mendapatkan makanan dan minuman. Semua kolam kering dan tumbuh-tumbuhan semakin kekuningan dimamah sinaran mentari yang hangat membahang.

Disebabkan keadaan semakin mendesak, maka dua ekor itik itupun telah berpakat dan mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan yang lebih lembab dan berair. Kura-kura berasa risau memandangkan sahabat baiknya ingin meninggalkan tempat tersebut. Dengan keadaannya yang bergerak lambat dan tidak boleh terbang seperti mereka, agak mustahil untuk dirinya mengikuti jejak langkah mereka. Maka dia pun berkatalah kepada kedua-dua ekor itik tersebut.

"Kalian hendak berpindah, nanti aku akan mati kekeringan di sini. Aku tidak mampu terbang mengikutimu mencari tempat yang lebih baik."

"Hmmm.. betul juga kata kamu Si Kura-Kura. Owh, tidak mengapa jika kamu mahu, kami boleh membantu kamu untuk sama-sama berpindah," ujar salah seekor itik tersebut setelah berfikir seketika.

"Bagaimana?" balas kura-kura kembali.

"Kami berdua akan menggigit sebatang kayu dan kamu juga mesti menggigit kayu itu untuk sampai ke destinasi kita dengan selamat. Bagaimana, kamu setuju?" Soal itik.

"Owh, kalau begitu aku setuju," kura-kura memberi persetujuan tanpa berbelah bagi.

Maka terbanglah kedua-dua ekor itik itu mencari tempat tinggal baru bersama kura-kura. Tiba-tiba sedang melalui suatu kawasan, ada beberapa orang budak nakal yang mengejek kura-kura.

"Hei kura-kura! Ada hati nak terbang tinggi. Engkau tu dah memang semulajadinya tidak boleh terbang, ada hati nak terbang tinggi macam itik."

Kura-kura berasa geram dan marah dengan ejekan tersebut, tetapi dia masih tidak berkata apa-apa kerana dia tahu jika dia membuka mulut pasti dia akan terjatuh.

Kedua-dua itik tersebut terus terbang meninggalkan mereka tanpa mempedulikan ejekan budak-budak itu. Setelah penat terbang mencari destinasi impian, mereka melalui satu lagi kawasan yang dipenuhi dengan budak-budak yang sedang bermain. Mereka begitu kagum dengan keberanian dan kesungguhan kura-kura.

"Kura-kura, kami kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh kamu. Walaupun kamu tidak boleh terbang, tetapi kamu berusaha dengan gigih dan mahu ditolong oleh sahabat-sahabat mu," jerit mereka kepada kura-kura.

Disebabkan teruja dengan pujian budak-budak tersebut, maka kura-kura pun membuka mulutnya untuk menjawab pujian budak-budak itu.

"ALHAMDULILLAH, aku ingin pergi ke tempat yang lebih baik dan berair bersama itik-itik".

Sebelum sempat menghabiskan kata-katanya, maka jatuhlah kura-kura itu ke atas tanah dan berkecailah badannya.

Begitulah berakhirnya kisah Itik dan Kura-Kura. Apabila dikeji, dihina, kura-kura begitu kuat tetapi kura-kura yang dulu bersemangat kental akhirnya mati menyembah bumi dek kerana sedikit pujian.

Begitu juga dengan kita, kita akan kuat apabila dihina dan diberi pelbagai tohmahan tetapi kita mudah terbuai dengan puji-pujian. Dalam kehidupan ini, kita janganlah cepat lemah dengan kejian, dan cepat riak dengan hanya sedikit pujian.Sebaliknya sentiasa bersyukur dan jadikan setiap kejian, umpatan dan fitnah tersebut sebagai sumber kekuatan kita untuk terus berjaya. Dan jika kita dipuji, janganlah pula berasa riak. Sebaliknya kembalilah segala pujian tersebut kepada-Nya, kerana tanpa keizinan-Nya tidak mungkin kita mampu memiliki apa yang kita usahakan.

Awal pujian adalah lembah kehinaan. Janganlah kita mudah terbuai dengan pujian yang diberikan, kelak kita yang akan binasa.

Ahad, Februari 12, 2012

Itu Ini Begitu Begini

If you BORN POOR, it's not Your MISTAKE but if you DIE POOR, it's Your MISTAKE - Bill Gates
Kat atas tu adalah kata-kata seorang Billionaire terkemuka dunia yang mana beliau ialah Bill Gates seorang pemilik perisian terkemuka dunia iaitu Microsoft. Apa pengajaran dari kata-kata tersebut? Tepuk dada tanya selera.

Firman Allah:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (bangsa) melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya” - Ar-Ra’d:11

Allah dah bagitau ttg hal ni sejak lama dulu. Kita terutama Bangsa Melayu yang majoritinya beragama Islam memang langsung tak ambik port tentang hal ni kan. Ada setengah dari kita tahu tapi lepas tu wat-wat tak tahu dan yang paling parah bila langsung tak tahu. Nauzubillah...

Dalam mencapai segala yang di impikan, perlu ada pengorbanan hakiki. Setiap kejayaan takkkan datang bergolek atau umpama bulan jatuh ke riba. Takkan ada. Kalau ada pun dgn hanya DUDUK DIAM DAPAT DUIT atau 4D. Yang ni mmg boleh dapat duit tapi sendiri mau ingat. Angan-angan kene lebih tapi tikam RM2 je. RM1 kecik, RM1 besor. Perasan tak bila tgk org Melayu tikam nombor. Selepas tikam je, keluar dari kedai tu mesti menung jap sambil tgk kertas no tu. Tak kiralah menung kat mana pun. Kadang-kadang blh tgk menung atas moto, kadang-kadang boleh tgk menung dalam kereta untuk yang bawak kereta dan paling best bila menung lepas tu senyum sendiri. Wallahhhhh.... Nak tau kenapa dia menung??? Sbb dia berangan jap kalau menang apa dia nak buat dgn duit tu. Padahal tikam RM2 je.. hahahhaha... Pada yang terase gua minta ampun dan maaf sbb gua mmg tulis ttg realiti dunia hari ini.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Dalam meniti kehidupan hari ini, kita makin menuju ke arah negara yang semakin maju. Semakin hari kita makin dicengkam dengan kenaikan kos sara hidup yang tak pernah kenal kita siapa. Lu anak menteri ke, lu anak petani ke atau lu anak peneroka. Lu tetap akan berhadapan dengan hakikat yang dengan RM50 belum tentu lu punya raga sayur boleh penuh dengan barang bila lu pegi shopping. Begitulah kecilnya harga RM50. So, apa tindakan atau anjakan yang perlu kita buat??? Hampir takde kann... Betul? Bila dah berada dalam "Comfort Zone" kita mmg takkan keluar lagi sbb kesusahan tu dah cukup selesa bagi kita. Percaya tak apa aku cakap? Ayat yang paling tepat ialah SELESA dengan KESUSAHAN. Tulisan pun dah agak panjang, so tak mau nak panjang-panjang lagi sebab esok akan menulis lagi dalam tajuk CAMNE NAK BERUBAH....

Rabu, Januari 18, 2012

Doa Solat Dhuha



Jom solat Dhuha dulu sblm mulakan kerja...

Selasa, Januari 17, 2012

Sunnah Berjuang

Isnin, Januari 16, 2012

Apakah itu Premium Beautiful (PB)


“Premium Beautiful” merupakan pakaian dalam wanita yang terdiri daripada coli panjang, bengkung pinggang dan seluar dalam panjang. Set ini juga digunakan untuk membentuk kontur keseluruhan badan supaya nampak menarik, bentuk badan yang sihat dan seimbang.

Teknologi pembuatan “Premium Beautiful” amat mengagumkan kerana gabungan pakar-pakar perubatan Jerman, Jepun, China dan USA. Mereka telah menghasilkan fabrik yang berteknologi tinggi dan canggih yang dipanggil Akwatek dan Akwadyne. Ianya juga telah ditenun sulam bersama-sama Sinar Infra Merah Jarak Jauh atau “Far Infra Red” (F.I.R).

Kelebihan kualiti kain Premium Beautiful :

  • Rekabentuk stereoskopik sinar infra merah jauh yang berdasarkan potongan rangka badan manusia. Ia berfungsi mendorong peredaran darah dan proses metabolisme.

  • Kuasa serapan yang baik, sesuai untuk dipakai seharian, pakaian dalam yang boleh dicuci dan tahan lama.

  • Kuasa regangan dalam semua hala. Dapat diregang secara 360 darjah mengikut pergerakan badan tanpa mengubahkan rekabentuk asalnya.

  • Sinar infra merah jauh (FIR) yang dapat menambahkan kekenyalan dan ketegangan buah dada dan menggiatkan tumbesaran buah dada.

Kebaikan FIR (Far Infrared Rays)
  • memperbetulkan aliran darah dalam tubuh
  • meningkatkan kadar metabolisma
  • memperbetulkan dan memulihkan sistem pernafasan
  • mengelakkan pertumbuhan bakteria
  • mengeluarkan peluh asid
  • mengalakkan tumbesaran lebih teratur
  • mengekalkan kesegaran badan
  • mengurangkan kandungan asid dalam darah
  • menghilangkan kesakitan pada tubuh badan @tempat yang sakit
  • tidur lebih selesa dan nyenyak
  • menghilangkan bau badan
  • menghilangkan kulat dan fungus
  • membersihkan udara dalam badan
  • mengekalkan kepanasan suhu badan
  • menghalang pembiakan sel kanser dalam badan
  • membetulkan sistem urat saraf dalam badan secara automatik

PREMIUM BEAUTIFUL

Terdiri daripada 3 bahagian iaitu:

Long Bra

Fungsi:

1. Cawan coli dengan 3 keping jahitan stereoskopik dapat menolak atas, menyokong dan menetapkan kedudukan buah dada.

2. Rawan keluli memori berfungsi untuk menetap dan menyokong buah dada.

3. Rekaan kuasa tekanan dan regangan berganda pada bahagian depan coil dapat menyelaras perut yang buncit lalu meninggikan kedudukan kontur buah dada.

4. 2 batang keluli berupaya untuk menyelaras dan membentuk kontur badan.

5. Rekaan kuasa tekanan dan regangan berganda pada bahagian belakang coli dapat menutupi bahagian belakang badan, dapat menyelaraskan lebihan lemak pada bahagian belakang , turut mengatasi masalah berbadan besar.

6. Rekaan bentuk ' U ' pada bahagian belakang coli bukan sahaja dapat menguruskan badan, malahan menambah kontur bahagian belakang.

7. Perhiasan berlian berbentuk rama - rama menonjolkan keunggulan produk.

8. Rekaan 3 pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai.

Bengkung

1.Tujuh batang keluli memori dapat menyokong pinggang dan menegakkan tulang vertebra, turut berupaya memperbaiki postur berdiri dan duduk.

2.Rekaan unik berdasarkan potongan rangka badan manusia, memperkuat pengagihan lemak pada bahagian pinggang ke bahagian dada dan punggung secara serata, turut mencapai kesan pembentukan badan yang seimbang.

3.Tali kenyal yang diimport dari Jepun, membantu menyelaraskan kontur pinggang.

4.Rekaan secara fleksibel, menghasilkan kesan pembentukan berdasarkan kesesuaian badan individu.
5.Rekaan 3 pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai.

6.Perhiasan berlian berbentuk rama ¨C rama menonjolkan keunggulan produk.

Long Girdle

Fungsi:
1. 32 kepingan jahitan stereoskopik, berdasarkan teori mampatan berserpihan, mengagihkan lebihan lemak ke arah bahagian badan yang bersesuaian.

2.Rekaan dan jahitan unggul cawan pinggul dapat membetulkan pinggul yang lentur, membentuk kontur pinggul yang mempesona dan meninggikan pinggul.

3.Mengasingkan kontur peha dan pinggul, mengagihkan lebihan lemak pada peha ke dalam cawan pinggul dan membentuk kontur pinggul yang sempurna.

4.Dilengkapi dengan kain jenis kapas yang selesa pada bahagian dalam pinggang seluar dapat memperbaiki dan membentuk kontur pinggang yang mempesona.

5.Perhiasan berlian berbentuk rama ¨C rama menonjolkan keunggulan produk.
6.Mampatan yang tetap ke atas abdomen dapat mengurangkan lebihan lemak lalu memperbaiki masalah perut yang buncit.

7.Rekaan mampatan 2 lapisan berfungsi menyelaraskan lemak pada sekitar peha, membentuk kontur peha yang menarik.

8.Penggunaan 2 lapisan kain kapas berlubang kecil berfungsi untuk memberi keselesaan.

9.Penggunaan renda yang fleksible, mengelakkan perasaan tidak menyenangkan akibat pergeseran dengan benang seluar.

Come Back...

Dah lama sangat tak berupdate blog. Terase rindu plak. Dah nekad, start arini nak aktif balik main blog... Huhuhu....

Khamis, Januari 12, 2012

Kalau Mahu Kaya

Assalammualaikum...
Cer renungkan sejenak..Simpan dalam ASB dapat 8.8% setahun. Kalau simpan RM10,000 setahun baru dapat RM880. Kalau 2 tahun RM1760. TAPI dgn satu investment ni, simpan RM10,000 setahun, pada tahun kedua bonus akan dibayar 35% yakni RM7,000... Mane yang anda mahu. RM1760 atau RM7000....
Berminat nak tahu, sila hubungi SHAM - 013-3563047
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.