Ahad, Februari 12, 2012

Itu Ini Begitu Begini

If you BORN POOR, it's not Your MISTAKE but if you DIE POOR, it's Your MISTAKE - Bill Gates
Kat atas tu adalah kata-kata seorang Billionaire terkemuka dunia yang mana beliau ialah Bill Gates seorang pemilik perisian terkemuka dunia iaitu Microsoft. Apa pengajaran dari kata-kata tersebut? Tepuk dada tanya selera.

Firman Allah:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (bangsa) melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya” - Ar-Ra’d:11

Allah dah bagitau ttg hal ni sejak lama dulu. Kita terutama Bangsa Melayu yang majoritinya beragama Islam memang langsung tak ambik port tentang hal ni kan. Ada setengah dari kita tahu tapi lepas tu wat-wat tak tahu dan yang paling parah bila langsung tak tahu. Nauzubillah...

Dalam mencapai segala yang di impikan, perlu ada pengorbanan hakiki. Setiap kejayaan takkkan datang bergolek atau umpama bulan jatuh ke riba. Takkan ada. Kalau ada pun dgn hanya DUDUK DIAM DAPAT DUIT atau 4D. Yang ni mmg boleh dapat duit tapi sendiri mau ingat. Angan-angan kene lebih tapi tikam RM2 je. RM1 kecik, RM1 besor. Perasan tak bila tgk org Melayu tikam nombor. Selepas tikam je, keluar dari kedai tu mesti menung jap sambil tgk kertas no tu. Tak kiralah menung kat mana pun. Kadang-kadang blh tgk menung atas moto, kadang-kadang boleh tgk menung dalam kereta untuk yang bawak kereta dan paling best bila menung lepas tu senyum sendiri. Wallahhhhh.... Nak tau kenapa dia menung??? Sbb dia berangan jap kalau menang apa dia nak buat dgn duit tu. Padahal tikam RM2 je.. hahahhaha... Pada yang terase gua minta ampun dan maaf sbb gua mmg tulis ttg realiti dunia hari ini.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Dalam meniti kehidupan hari ini, kita makin menuju ke arah negara yang semakin maju. Semakin hari kita makin dicengkam dengan kenaikan kos sara hidup yang tak pernah kenal kita siapa. Lu anak menteri ke, lu anak petani ke atau lu anak peneroka. Lu tetap akan berhadapan dengan hakikat yang dengan RM50 belum tentu lu punya raga sayur boleh penuh dengan barang bila lu pegi shopping. Begitulah kecilnya harga RM50. So, apa tindakan atau anjakan yang perlu kita buat??? Hampir takde kann... Betul? Bila dah berada dalam "Comfort Zone" kita mmg takkan keluar lagi sbb kesusahan tu dah cukup selesa bagi kita. Percaya tak apa aku cakap? Ayat yang paling tepat ialah SELESA dengan KESUSAHAN. Tulisan pun dah agak panjang, so tak mau nak panjang-panjang lagi sebab esok akan menulis lagi dalam tajuk CAMNE NAK BERUBAH....

1 Juri Propesional:

hai berkata...

koi maleh nak memeningkan kepale,sbb koi x keje...apa2pon koi bersyukur dgn apa yg ada...sbb koi sokmo pikir gini...kalo koi rasa susoh,ramai lagi yang susoh pada koi...kalo koi rasa senang,berjuta org lagi yg senang pada koi...yg penting hati tenang....berbelanja ikut pada kemampuan!!ke koi pun tergolong dlm golongan selesa dgn kesusahan tu...kuikuikui...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.