Selasa, Mac 27, 2012

Dari Tangga kepada Eskalator

Dalam mendaki tangga-tangga kejayaan ianya tak semudah yang disangka. Saban hari akan berhadapan dengan bermacam pancaroba dan dugaan yang datang bertalu-talu. Ketiadaan modal untuk bergerak, stress dengan pelbagai masalah hutang piutang, tekanan dari kekusutan fikiran dalam memikirkan segala macam perbelanjaan harian dan segala macam benda lagi yang sarat bersarang dalam kotak pemikiran.

Jikalaulah setiap kejayaan itu mampu dikecapi dengan hanya sekelip mata dan bagai membeli ayam di pasar KKB kan bagus. Tapi jika semudah itu, adakah ianya layak untuk digelar kejayaan? Kesukaran yang aku rasa pada hari ini mungkin hanya 0.01 peratus dari apa yang para milionaire pernah lalui. Semakin besar dugaan seseorang, maka makin besarlah nilai sesuatu kejayaan itu.

Bos aku pernah berkata, kita sering menafikan peluang yang datang tanpa kita sedari. Bertitik tolak dari kata-kata tersebut, aku gagahkan jugak saki baki tenaga, wang ringgit untuk aku gapai apa yang sedang bersinar dihadapan sana. Kesakitan dalam menempuh laluan berliku dan penuh duri ini amat perit sekali untuk ditempuh tapi itulah dia sifir suatu kejayaan. Aku taknak kerana aku penat, kerana aku takde duit, kerana aku gagal sblm ni, kerana aku hanya gunakan motosikal, kerana aku bukan anak orang kaya, kerana aku tak hebat, kerana aku malas, aku gagal dalam mendapatkan eskalator yang sedang bergerak tanpa henti kat depan aku.... Peaceeee to SUCCESS!!!!!!

3 Juri Propesional:

kordi rocker hensem berkata...

usaha tangga kejayaan...semoga aok berjaya!

akuanakpahang berkata...

Langkah awal mesti kena menapak drp anak tangga itu..

Echam berkata...

Kordi Rocker,
Time kasih wehhh. I'allah. Kalo dah rezeki tak kemane.

Abg Yassin,
Betul tu. Biar bertatih dulu pastu baru berlari...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.