Jumaat, April 13, 2012

Saya Tidak Sayang Pada Anak-Anak dan Isteri Saya.

Salam kepada tuan-tuan dan puan-puan. Penyakit jantung merupakan pembunuh no 1 di Malaysia masa kini. Apa persiapan kita dalam menghadapi penyakit ini seandainya kita bakal menjadi salah seorang mangsanya. Adakah duit simpanan kita telah mencecah RM100,000 bagi membiayai kos rawatan yang sekitar RM70,000. Seandainya kita bijak, kita tidak akan menggunakan duit simpanan kita sendiri untuk membiayai kos rawatan penyakit yang kita hadapi.

Mungkin ada diantara kita yang bercakap 'Aku dah simpan RM200 sebulan'.... Persoalan. Selama manakah kita perlu simpan untuk dapatkan RM100,000 dengan simpanan RM200 sebulan. Jawapannya ialah 41 tahun. Seandainya umur mula menyimpan pada usia 20 tahun maka nak cukupkan RM100,000 ialah pada usia 41 tahun. Lama tak?

Hari ini saya telah menerima satu kes yang telah ditolak kelulusannya oleh pihak AIA Takaful. Ini kerana pemohon telah mengidap Diabetes. Saya dah cuba buat yang terbaik seandainya anda memohon tapi bukan kuasa saya untuk menentukan anda layak memperolehi Medikal Kad seandainya anda telah mula dihinggapi penyakit kritikal. Waktu anda sihat ialah waktu terbaik untuk anda memohon dan mendapatkan Medikal Kad. Mungkin sekarang anda sihat, tapi esok lusa adakah anda pasti sejauh mana kesihatan anda disebalik anda kurang bersenam, tidak mengamalkan diet yang seimbang dan kurang melakukan aktiviti fizikal. Adakah anda pasti esok pagi anda mampu bangun tidur dengan tersenyum? Segalanya belum pasti kan.

Sebagai persiapan untuk hari esok dan hari-hari mendatang, cubalah anda fikirkan sejenak. Seandainya anda penghisap rokok tegar. Sebulan anda mampu mengenepikan bajet untuk rokok RM350 tetapi dengan bermula serendah RM51.08 sebulan anda gagal serta berfikiran negatif untuk membelanjakan hanya 14.59% daripada bajet rokok anda bagi tujuan pembiayaan perubatan untuk anda dan seluruh keluarga anda. Apakah anda sayang anak-anak serta isteri anda? Tepuk dada tanyalah iman. Bukan bapa anda ada jawapan, bukan ibu anda punya jawapan, bukan isteri anda menagih jawapan, bukan anak anda ada jawapan tetapi diri anda sendiri yang berhak untuk katakan YA kepada Medikal Kad...........

0 Juri Propesional:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.