Isnin, April 09, 2012

Tahukah Anda!!

Jika anda mempunyai Insuran Takaful, sejauh manakah anda mengetahui tentang keseluruhan Polisi Insuran anda. Adakah menyeluruh yang bila ditanyer berapa 'Sum Covered' anda bleh jawab, bila ditanya tentang berapa claim anda jika ditimpa 'Critical Illness (CI) anda boleh jawab, jika ditanya berapakah jumlah perlindungan jika ditimpa kemalangan anda dengan selamba boleh jawab.Mengikut pemerhatian saya sebagai seorang Perancang Kewangan Takaful, hampir keseluruhan client yang saya jumpa tidak mengetahui apa yang terkandung dalam polisi mereka.

Kes 1
Pernah sekali saya berjumpa dengan seorang client saya yang telah mempunyai polisi dengan sebuah syarikat pengendali Takaful yang sudah lama bertapak di Malaysia. Saya bertanya dengan client saya tentang polisi beliau. Soalan pertama saya ialah, berapa 'Sum Covered' beliau. Katanya hampir RM300,000. Setelah dibuka polisi beliau maka yang kelihatan hanyalah RM30,0000. Dia terkedu tapi masih ingin meneruskan dengan syarikat berkenaan kerana sayangkan duit yang telah bertahun-tahun disimpan. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya saya telah jalankan tanggungjawab saya dalam membantu beliau mengetahui secara terperinci apa yang terkandung didalam polisi beliau.

Kes 2
Saya pernah bertemu dengan seorang teman lama. Masa berjumpa itu dia bagitau awal-awal tidak berminat untuk mendengar tentang apa yang ingin saya kongsikan dengan beliau tentang Takaful. Beliau seorang yang sangat negatif tentang insuran. Alasan beliau ialah, dia telah pun mencarum didalam Insuran sebuah Bank Terkemuka di Malaysia. Caruman bulanan RM50 dengan Coverage RM200,000. Terpegun saya mendengar dengan bayaran serendah RM50 sebulan boleh dapat 'coverage' yang sebegitu tinggi. Ok, alhamdulillah sbb dalam penuh negatif beliau masih ada Insuran. Hampir 1/2 jam berbual bukan berkenaan insuran, saya terdetik hati untuk bertanya tentang polisi insuran beliau. Jelas terpancar dimuka beliau perasaan keliru dengan soalan saya. Maka, terbongkarlah yang beliau mengambil insuran tapi tiada polisi. Seperti kata Wan Kamarudin Wan Ibrahim dalam Edisi Siasat, APA KEJADAHNYA. Ambik insuran takde polisi. Tapi disebabkan beliau sangat negatif, saya hanya mampu berdoa semoga disuatu hari nanti beliau akan kembali positif dengan Insuran. Bukan kerana sbb agen hensem atau cun tapi kerana kepentingan isteri dan anak-anak beliau.

Alhamdulillah, sejak menceburi bidang ini saya makin bersemangat untuk teruskan ini sebagai kerjaya saya. Saban hari hidup penuh ketenangan kerana boleh membantu masyarakat terutamanya yang Beragama Islam dan Berbangsa Melayu dalam mengetengahkan kesedaran tentang kepentingan Perlindungan Takaful dalam kehidupan seharian. Kepada semua pembaca yang telah mempunyai Polisi Insuran dari mana-mana syarikat pengendali sekalipun, jika anda tidak faham tentang polisi yang ada ditangan anda, anda boleh berjumpa dan hubungi saya dan kawan-kawan saya ditalian 013-3563047 (Echam), 016-2253691 (Mohd Nazli), 013-6636703 (Mior) dan 019-3372779 (Abdul Rashid) pada bila-bila masa bagi mendapatkan khidmat nasihat dan penerangan berkenaan polisi anda secara percuma dan tidak akan dikenakan apa-apa bayaran. Sekian. Wassalam.

3 Juri Propesional:

LIPISLADY berkata...

Sallam Echam,

Memang ramai yang beli insuran tapi tak pernah baca dan ambil peduli tentang polisi yang mereka terima atau layak dan tidak layak, bila terjadi sesuatu dan mereka gagal claim baru rasa menyesal dan marahkan syarikat insuran....

Baguslah Ecam berusaha untuk memberi kesedaran kepada orangramai..

Echam berkata...

W'salam Kakmah,

Mmg niat saya mcm tu. Saya taknak org yg ambik insuran akan rase tertipu disebabkan sikap sambil lewa mereka tu.

Tanpa Nama berkata...

Salam....terpanggil pulak rasanya utk mencoret diruangan sahabat echam.com ini..
Sblm gua pegi lebih jauh lagi,nama gua Botak..mgkin penulis blog ni kenal dgn gua..gua bagi sekali kata laluan/clue gua, botak viva supaya penulis ni apprvdkan gua punya statement ni...
Bismillahirrahmanirahim...
Apa yg gua nk sharekan kat sini bukanlah utk menyakiti sape2 pun,gua setuju sgt2 dgn echam.com..masyarakat melayu terutamanya org islam di malaysia ni memang terlalu sikit dlm membeli polisi insuran/takaful. Kpd anda diluar sana,jika anda dihampiri dgn agent takaful jgn lah terus menolak...dgr dulu apa yg nak disampaikan kpd lu org...kpd yg telah memiliki polisi,anda memang bagus dan bijak tapi anda harus ingat!!!apakah isi kandungan polisi tersebut...pergilah bertanya kpd rakan2 anda atau agent takaful anda..minta penerangan drpd mereka. Kpd yg tiada jgn terlalu ego sehinggakan nak mendengar pun ibarat telinga lu org dah penuh dgn sikaya berwarna kekuning2an...jgn smp dah sakit/nak mati nnt kita langsung tak ber'duit'....yg paling sadis sekali bila dh mati,anak2 serta isteri2 terkapai2 mencari duit nak menyediakan segala kelengkapan (ni kpd yg tiada khairat kematian) utk simati..lebih malang lagi nk buat tahlil pun tak berduit..tak kan nk jamu org masjid/surau/jiran/saudara mara dgn air sejuk!!! Ni pun kalo ada peti ais,sejuk lah dia...kalo tak ada peti ais jadilah air kosong yg agak kekuning-kuningan sbb tak ada penapis air...jauh sgt gua meyimpang ni,tapi ni lah hakikat masyarakat kita pd hari ni...bersedialah dlm apa jua keadaan sekali pun,jgn biarkan org yg tersyg menderita kerana kesulitan yg ada pd kita...

Pikirlah sebelum terlambat...1) periksa polisi kita 2)mencarumlah utk keluarga kita 3)malang tidak berbau 4)Sakit,Tua & Mati itu pasti

Gua bukannya doktor falsafah...sekadar utk berkongsi.Maafkan gua kalo kata2 gua ni menyinggung anda yg membaca..renung2kanlah

Oooopppsss...ada satu lagi..'Tinggalkanlah anak2 dan isteri kita dlm kaadaan yg berada-ada dan jgn tinggalkan mereka dlm keadaan yg meminta2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.