Isnin, Mei 21, 2012

Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Satu pepatah melambangkan kebijaksanaan masyarakat dahulu kala dalam membayangkan tentang kesusahan orang lain. Kita yang melihat sudah merasai betapa peritnya kesusahan tersebut bagaimanalah pula dengan yang memikul masalah tersebut. Pada hari ini ianya cukup relevan dengan kegunaan semasa. Hampir setiap hari kita melihat kesengsaraan orang lain baik secara langsung atau tidak langsung.

Mungkin hari ini kita mencebik bila melihat seorang pakcik tua menggeledah tong sampah mencari tin-tin aluminium untuk dijual bagi membeli sebungkus nasi. Mungkin hari ini kita menutup hidung bila duduk bersebelahan dengan seorang aci tua ketika dia datang meminta RM1 dikedai makan ketika kita sedang berselera melantak ayam goreng, mungkin hari ini kita menukar ke stesen TV yang lain ketika siaran Bersamamu sedang keudara, TAPI pastikah kita yang suatu ketika nanti kita akan jadi penyelongkar tong sampah bagi mencari tin aluminium, isteri kita dicebik ketika meinta RM1 dikedai makan dan siaran bersamamu takkan ade siapa lagi menonton yang mana ketika itu kita sedang merintih mengenai nasib anak-anak kita yang sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan jantung atau sedang menunggu tabung ehsan mencukupi jumlah tertentu.

Suatu ketika dulu saya pernah merasai perjalanan ujian tersebut di mana anak saya telah disahkan menghidap sakit jantung berlubang. Masa tu hanya Allah yang tahu betapa beratnya bahu memikul segala ujian tersebut. Anak saya telah dirujuk ke IJN. Sebut IJN, faham-fahamlah dengan kos rawatan dia. Pada masa tu semua kene guna duit sendiri. Nak gunakan GL belum boleh lagi masa tu. Alhamdulillah kebetulan masa tu adalah duit sikit yang boleh bayar kos dia di IJN. Dia telah dibawa ke IJN sebanyak 3x. Selama 3x tu memang saya akui saya jumpa ramai orang yang bernasib lagi parah dari saya. Ada yang bayi seusia 2 bulan kene buat pembedahan jantung dengan kos RM70,000. Saya pernah bertanya dengan wife saya, jika anak kitalah kene camtu mane kita nak cari duit?? Takde jawapan yang keluar dari mulut wife saya. Apa yang saya lalui itu cukup menginsafkan. Semoga anak-anak saya, kawan-kawan dan keseluruhan pembaca yang membaca blog saya ini terlepas dari dugaan yang sebegitu rupa.

Kita tak pernah menjangka tentang setiap ujian yang Allah nak bagi pada kita. Kita selalu menjangkakan semuanya indah dalam hidup kita. Dalam meniti serta menghayati keindahan itu kita terlupa untuk membuat sedikit persediaan untuk diri kita, isteri dan anak-anak kita yang merupakan harta paling berharga yang kita ada hari ini dan selamanya. Kenapalah kita terlalu leka dengan nikmat keindahan yang akan lenyap selama-lamnya bila sesuatu musibah datang menjengah. Sejauh mana persediaan kita dalam menghadapi musibah andai jika suatu pagi ketika kita sedang bersarapan kita rebah akibat serangan jantung. Adakah cukup duit simpanan kita bagi menghadapi kos pembedahan jantung sebanyak RM70,000? Adakah masih ada tanah dua tiga relung yang akan kita gadai bila berhadapan dengan bil RM70,000? Jika jawapan anda TIADA untuk 2 soalan diatas, maka sudah sampai masanya anda sediakan satu persediaan untuk diri anda, isteri dan anak-anak anda. Jadikan hari ini hari yang terbaik untuk isteri dan anak-anak anda kerana anda perlu bimbang seandainya esok adalah hari terakhir anda.

2 Juri Propesional:

PakMail berkata...

Sediakan payung sebelum hujan

JANGAN

Sudah terhantuk baru terngadah.

Tanpa Nama berkata...

Jgn pentingkan diri sendiri....pikirkan jua masa dpn anak2 serta isteri kita....kerana merekalah tulang belakang dlm sesebuah intitusi kekeluargaan...(Upin&Ipin)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.