Khamis, Mei 10, 2012

Nilai Sebuah Kejujuran

Assalammualaikum w.b.t

Dalam bekerja seharian sebagai seorang perunding Takaful. ramai yang selalu cakap tentang kejujuran bila pegng duit orang. Perunding Takaful ni sebagai pemegang amanah orang. Memang betul. Kadang-kadang ditangan kita ada banyak duit. Kalaulah takde kejujuran maka gelaplah masa depan duit tersebut.

Dua hari lepas saya bersembang dengan jiran saya. Dia baru tahu yang saya sekarang bekerja sebagai Perunding Takaful dengan Syarikat AIA AFG Takaful. Dalam bersembang tu dia banyak nasihatkan saya tentang nilai sebuah kejujuran. Menceritakan kembali bagaiman dia ditipu oleh Agen dari sebuah syarikat yang memang sangat gah. Ceritanya begini, pada tahun 2008 beliau telah mengambil polisi dari syarikat berkenaan. 2 tahun yang pertama ok tapi selepas itu bermulalah berlaku ketidakjujuran dalam pengendalian duit beliau oleh agen yang dilantik oleh syarikat tersebut. Dalam 4 tahun beliau tidak pernah gagal dalam membuat pembayaran tahunan dan tibalah pada suatu hari, beliau telah dihubungi oleh syarikat berkenaan mengatakan yang beliau sudah 2 tahun tidak membuat pembayaran. Setelah diperiksa dengan teliti maka terbukalah segala yang tersembunyi. Agen tersebut telah menggunakan duit beliau untuk tujuan lain.

Berdasarkan cerita benar diatas disini ingin saya mengingatkan diri saya dan kawan-kawan sekelian supaya sentiasa jujur dan telus dalam setiap pekerjaan kita. Jangan kerana mengejar kes atau komisen kita gadaikan nilai sebuah kejujuran. Mungkin hari ini kita terlepas tapi esok-esok pasti terkantoi. Kepada pencarum-pencarum dalam Takaful, sentiasa berhati-hati dengan setiap pembayaran anda. Kalau boleh pastikan anda mendapat salinan resit pembayaran dalam masa 48 jam selepas anda membuat bayaran kepada agen. Sekian dulu untuk kali ini....

0 Juri Propesional:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.