Isnin, Oktober 08, 2012

Rawatan STENT

Kuala Lumpur: Selaras usaha mengubati kardiovaskular yang menjadi antara penyumbang utama kematian di negara ini, Institut Jantung Negara (IJN) tampil dengan kaedah terbaru rawatan jantung koronari menerusi pengenalan stent terkini keluaran Axxess.
Stent terbabit sebelum ini sudah digunakan secara meluas untuk merawat salur pembuluh darah lurus yang tersumbat, namun kini diperkenalkan khusus bagi rawatan salur bercabang.
Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Tan Sri Dr Robaayah Zambahari berkata, beliau yakin kaedah itu selamat berdasarkan kejayaan terdahulu ke atas 557 pesakit yang terbukti mempamerkan perkembangan positif hasil implan dilakukan.
Menurut beliau, rawatan stent itu juga sudah mendapat pengiktirafan antarabangsa pada April lalu menerusi CE mark dan Malaysia menjadi negara pertama di rantau Asia menggunakan kaedah itu.
“Kita mengesyorkan pesakit menggunakan kaedah itu berbanding surgeri kerana ia lebih mudah, selain memberi hasil lebih baik namun bergantung kepada pesakit untuk membuat pilihan. Kos bagi implan antara RM18,000 hingga RM27,000 bergantung kepada bilangan stent diperlukan pesakit,” katanya pada sidang media semalam.
Hadir sama Ketua Jabatan Kardiologi IJN, Datuk Dr Rosli Mohd Ali dan Pengurus Jabatan Radiologi, Abdul Latif Mohamed.
Bagaimanapun, Dr Rosli berkata, stent terbaru berbentuk tiub itu perlu digunakan bersama stent lama yang lebih keras (kerangka besi) kerana ia berfungsi membantu stent sedia ada melancarkan perjalanan darah, bukan menggantikannya.
- Harian Metro, 9 Disember 2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.